Perkhidmatan ini disediakan untuk memudahkan akses bagi melihat dan membayar jualan secara atas talian. Rimbunanmall.com atau Senangpay.my tidak membuat sebarang representasi dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang pengendalian Gerbang Pembayaran selain daripada apa yang dinyatakan di dalam Laman Web kami untuk tujuan penipuan pembayaran secara atas talian. Dengan menerima dan mempersetujui Terma dan Syarat ini, Pengguna secara nyata dan tanpa dipaksa bersetuju bahawa penggunaan perkhidmatan pembayaran dalam talian ini adalah sepenuhnya di atas risiko dan tanggungjawab Pengguna sendiri.
Sebaik sahaja Pengguna didaftarkan dan telah membayar yuran melalui Gerbang Pembayaran dalam talian. Anda tidak dapat dan tidak boleh membatalkan transaksi dalam apa jua keadaan. Tiada Bayaran akan dikembalikan kepada Pengguna.
Bayaran Balik untuk Transaksi Caj Balik: Sekiranya terdapat sebarang tuntutan untuk/caj balik oleh Pengguna atas apa jua sebab sekalipun, Pengguna tersebut hendaklah segera menghubungi pihak kami dengan menyatakan butiran tuntutan atau butiran tuntutan bayaran balik daripada Rimbunanmall.com sahaja. Bayaran balik tersebut (jika ada) hendaklah dilaksanakan hanya oleh Rimbunanmall.com melalui Senangoay.my atau apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak kami. Tiada tuntutan bayaran balik/caj balik boleh dibuat oleh mana-mana Pengguna kepada Senangpay.my dan sekiranya tuntutan tersebut dibuat, ia tidak akan dilayan.
Bayaran balik untuk transaksi penipuan/pendua: Pengguna hendaklah menghubungi terus syarikat kami (Rimbunanmall.com) untuk sebarang transaksi penipuan kerana penyalahgunaan butiran Kad/Bank oleh individu/pihak yang menipu dan isu tersebut hendaklah ditangani dengan sewajarnya selaras dengan dasar dan peraturan tertakhluk kepada undang-undang yang telah ditetapkan.
Apabila sesuatu pesanan telah diselesaikan dan barang/produk telah dihantar kepada pelanggan, akan tetapi produk atau barangan itu didapati rosak dan tuntutan dilakukan oleh pihak pelanggan ke atas apa jua keadaan sekalipun.
Dengan itu, pihak Rimbunanmall.com akan menggantikan produk tersebut dengan kaedah “one to one (1 to 1)” selagi stok masih ada. Dan jika pihak kami telah kehabisan stok, maka dengan itu, pihak kami boleh menggantikan barangan atau produk tersebut dengan mata ganjaran mahupun kupon mengikut kepada nilai barangan/produk tersebut.