Kita meyakini bahawa Islam adalah cara hidup yang dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, manakala kunci kebahagiaan tersebut ialah memahami al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, kefahaman terhadap mukjizat al-Quran merupakan suatu kemestian bagi setiap individu Muslim.
Sehubungan itu, pengetahuan tentang mukjizat berkaitan bahasa dan sains al-Quran dapat membantu kita mentadabbur ayat al-Quran dengan lebih berkesan dan ia penting dalam kehidupan demi menghayati serta mengamalkan isi kandungan al-Quran.
Reviews
There are no reviews yet.