Ini Himpunan kisah suka dan duka kami dalam melayani aneka ragam anak didik serta warna-warni kehidupan di rumah kedua kami, iaitu sekolah.
Bukan hanya berperanan sebagai penyampai ilmu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, kami juga menggalas tanggungjawab sebagai murabbi tulus dari hati.Sang Murabbi yang mendidik anak murid dengan penuh kasih sayang, menasihati mereka dengan berhikmah, menegur kesilapan mereka tanpa mengaibkan serta menunjukkan jalan yang benar kepada mereka.
Anak-anak didik adalah aset kami yang berharga. Tinggi impian kami agar mereka bukan sahaja dapat memahami ilmu yang bermanfaat, tetapi dapat juga mengamalkannya dalam kehidupan harian. Semoga nanti mereka beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat serta ada dalam kalangan mereka yang sudi menarik tangan kami beriringan ke taman syurga.
Solat adalah ibadah pertama yang akan dihitung oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak. Oleh itu, ibadah solat harus diajar dan dipupuk sejak usia kanak-kanak....
Manuskrip ini menampilkan kisah motivasi bertemakan 3 garis masa iaitu semalam, hari ini, dan esok. Setiap kejadian menarik yang berlaku di sekeliling penulis, diambil dan...