Skip to product information
1 of 5

50 Esei Hari Guru By Mohd. Isnin Tawaf (RPH)

50 Esei Hari Guru By Mohd. Isnin Tawaf (RPH)

Regular price RM39.00 MYR
Regular price Sale price RM39.00 MYR
Sale Sold out

Saban tahun, Hari Guru disambut dan diraikan dengan begitu meriah, sama ada di peringkat sekolah mahupun kebangsaan. Pelbagai tema dilakar dan dirakamkan, menggambarkan betapa tinggi impian dan harapan negara yang diletakkan di pundak para guru. Bagi membentuk generasi akan datang yang cemerlang, guru adalah ejen yang terpenting dalam sistem pendidikan. Tanpa guru, maka pincanglah sistem pendidikan walau sehebat mana sistem itu dirangka mahupun dirancang.

Sejak pertama kali disambut pada 16 Mei 1972, Hari Guru tampil dengan tema yang bersilih ganti, sehinggalah genap tahun ke-50 negara kita meraikannmya iaitu pada tahun 2021. Buku ini menampilkan koleksi 50 buah esei yang mengupas tema Hari Guru yang disambut sepanjang 50 tahun ini, sambil membawa pembaca menelusuri perkembangan dunia pendidikan negara, dari zaman kapur tulis dan papan hijau, sehinggalah tiba pada zaman peranti di hujung jari.

Tidak dapat disangkal profession perguruan kian mencabar. Hakikat menjadi guru bukan semudah mengajar membaca dan mengira, tetapi menjadikan pendidikan sebagai landasam untuk membentuk tunjang akar budi seseorang manusia untuk berkembang dan menyumbang kepada masyarakat. Sekiranya tentera berjuang di medan perang, para guru pula berjuang di medan ilmu. Biar terkorban di medan tersebut, berundur tidak sesekali. Asalkan, anak didiknya menjadi insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

 


 

Buku ini menghimpunkan esei yang bertemakan 50 tahun Hari Guru sejak 1972-2021. Antara yang dirungkai oleh para penulis adalah seperti isu peranan guru dalam kemenjadian murid, kesediaan guru menghadapi ledakan teknologi baharu, kesepakatan guru dan ibu bapa dalam membentuk sahsiah murid, peranan pengetua dan guru besar dalam menghargai usaha guru, serta banyak lagi. Penulis buku ini terdiri daripada 44 orang guru dan pensyarah yang telah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan dan aktif
dalam dunia penulisan.

47 in stock

View full details

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)