Budak Nurse By List of Local Nurse (RPH)
Budak Nurse By List of Local Nurse (RPH)
Penerbit: Rimbunan Publishing House
Tahun Terbitan: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN:9789672458463
Bil. Muka surat:176 m/s
Format: Paperback
Mereka memecah persepsi yang kebanyakan kita percaya. Ya, seperti ramai yang percaya bahawa bidang kejururawatan ini hanya untuk golongan perempuan. Bidang kejururawatan ini senang. Iyalah, apa susah, cuci najis pesakit dan ambil darah. Eh, betulkah? Mereka memasuki bidang ini dengan seribu satu sebab. Ada yang mulanya seakan-akan terpaksa, disuruh ibu bapa lalu akhirnya reda sahaja. Ada yang mulanya sekadar suka-suka, mengikut -ikut kawan, kononnya ‘you jump I jump’. Dan ada juga yang memang sudah dari mula mahu menjadi jururawat berbekalkan minat dan tekad. Namun satu persamaan antara semua, mereka jatuh cinta kepada bidang ini. Mungkin bukan cinta pandang pertama, tetapi masih cinta yang tumbuh saat mereka kenal apa itu dunia kejururawatan. Yang akhirnya membuat mereka bangga bergelar Budak Nurse.
Siapakah perlu baca buku ini?
- Pelajar lepasan sekolah yang bercita-cita mahu menjadi nurse. Baca dulu, baru tahu.
- Pelajar kejururawatan yang sedang mengikuti pengajian. Ya, ini kisah kalian.
- Kita semua. Agar kita tahu ada apa di sebalik dunia mereka ... Budak Nurse
38 in stock