Kembara Raikal Oleh Zurhan Bakar (RPH)
Kembara Raikal Oleh Zurhan Bakar (RPH)
Raikal adalah seorang kanak-kanak yang hidup pada zaman Raikal adalah seorang kanak-kanak yang hidup pada zaman amat rapat dengan datuknya, dan sering mendengar cerita-cerita tentang zaman kanak-kanak datuknya. Raikal begitu teruja setiap kali mendengar datuknya bercerita, dan berangan-angan mahu merasai sendiri setiap pengalaman yang diceritakan.
Angan-angan Raikal menjadi kenyataan. Tanpa disangka, belon udara panas yang dinaikinya pada tahun 2018, telah terhempas dan membawa dia ke tahun 1973. Pengembaraan Raikal membawa dia merentas zaman dan masa!
Bagaimana pula reaksi warga Kampung Kubang Kerbau apabila Bagaimana pula reaksi warga Kampung Kubang Kerbau apabila kampung mereka? Mampukah Raikal menyesuaikan diri dengan zaman 70-an yang begitu berbeza daripada zamannya? Adakah Raikal berjaya kembali ke masa kini? Ikuti kembara Raikal yang benar-benar mengujakan!
____________________________________
Biodata Penulis:
Zurhan Bakar
Nama penuh Zurhan bin Bakar dan tiada nama pena. Menggunakan nama Zurhan Bakar dalam penulisan. Seorang guru sekolah rendah Bahasa Inggeris. Telah mengajar selama 28 tahun dan bersara pada tahun 2016 pada usia 55. Mula menulis pada tahun 1983 dalam genre puisi, cerpen dan novel kanak-kanak. Kini menjadi penulis sepenuh masa.
Antara buku-buku yang telah diterbitkan :
1. Perjalanan Pulang – Kumpulan Cerpen (SYFE
Management - 2021)
2. Kami Regu Malaysia! – Novel Kanak- Kanak (ITBM –
2020)
3. Kenapa Enggang Sembunyi? – Kumpulan Cerita KanakKanak (Buku Prima - 2015)
30 in stock