Manusia Akhir Zaman By Dr. Khairul Asyraf Mohd Nathir dan Prof. Madya Dr. Mohd Sukki Othman (RIM)
Manusia Akhir Zaman By Dr. Khairul Asyraf Mohd Nathir dan Prof. Madya Dr. Mohd Sukki Othman (RIM)
Umat Nabi Muhammad SAW adalah manusia akhir zaman yang akan melihat kebenaran tanda-tanda kiamat yang telah dikhabarkan oleh Baginda dalam sabdanya. Terdapat tanda-tanda kiamat yang telah berlaku seperti kewafatan Baginda Nabi SAW dan pembelahan bulan. Ada yang sedang berlaku seperti pembinaan bangunan pencakar langit dan ada yang belum lagi berlaku seperti tanda-tanda kiamat besar. Justeru itu, buku ini tampil membuka “pintu” kefahaman secara ringkas tentang kehidupan manusia akhir zaman dalam melalui fasa tanda-tanda kiamat yang telah dinyatakan oleh Nabi SAW menerusi hadis-hadis Baginda. Kini, perbahasan tentang tanda-tanda kiamat semakin hangat diperdebatkan terutamanya apabila banyak perkara baharu yang berlaku mutakhir ini.
21 in stock