Muhammad Landasan Sunnah Melenturi Jiwa RIM)
Muhammad Landasan Sunnah Melenturi Jiwa RIM)
Saya begitu teruja diberi peluang sebagai orang yang pertama membaca buku ini. Buku ini sangat penting sebagai permulaan untuk mencetuskan kajian yang lebih lanjut lagi bagi menerangkan bagaimana teknik-teknik ini dapat dilaksanakan dalam bilik darjah. Penulis telah memulakan langkah pertama dengan melihat kepada khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh Nabi kita Muhammad SAW untuk dipraktikkan dalam mendidik anak bangsa Malaysia sekali gus membuka mata kepada keberkesanan metod Rasulullah dalam mendidik.
Buku ini menjelaskan konsep 5 M iaitu Mudaris, Muaddib, Murabbi, Mursyid dan Muallim berpandukan kepada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW. Ia sangat menarik untuk dibahaskan dan difahami oleh kita semua. 50 tip mendidik disajikan melalui gabungan pelbagai kaedah, teknik dan strategi mendidik yang disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad SAW.
Saya mencadangkan buku dimiliki oleh setiap rumah kerana ianya amat sesuai dijadikan rujukan kepada pelbagai lapisan masyarakat terutama pendidik, ibu bapa dan golongan dewasa.
46 in stock