Pidato Yang Mengubah Dunia (RI)
Pidato Yang Mengubah Dunia (RI)
Dan saya telah melihat tanah yang dijanjikan. Saya mungkin tidak dapat bersama anda ke sana. Namun, saya mahu anda semua tahu bahawa malam ini, kita sebagai manusia, akan sampai ke tanah yang dijanjikan tersebut. Pada malam ini, saya berasa sangat gembira. Saya tidak bmbang tentang apa sekalipun. Saya tidak takut kepada sesiapa. Mata saya telah melihat kegemilangan itu yang datangnya daripada Tuhan.
MARTIN LUTHER KING JR.
Tuan-tuan bertanya, apakah matlamat kita? Jawapan saya hanya satu: kemenangan! Kemenangan dengan apa jua harganya yang perlu dibayar! Kemenangan walau dihadapkan dengan segala jenis kekerasan. Kemenangan, tidak kira betapa panjang dan sulit jalan yang harus ditempuhi, kerana tanpa kemenangan tidak akan ada kelangsungan.
SIR WINSTON CHURCHILL
Maka dengan itu, rakyat Amerika yang tercinta, usah ditanya apa boleh negara berikan kepada anda; tanyalah apa yang boleh anda sumbangkan untuk negara anda. Rakyat dunia sekalian, usah ditanya apa yang akan Amerika lakukan untuk anda, tetapi apa yang mampu kita bersama-sama lakukan demi kebebasan kemanusiaan.
JOHN F. KENNEDY
Saya mendukung impian unggul masyarakat demokrasi dan bebas, yang semua orang hidup bersama dalam suasana harmoni dan mempunyai peluang yang sama rata. Inilah impian unggul yang saya perjuangan. Akan tetapi, jika perlu, maka saya sanggup mati demi impian itu.
NELSON MANDELA
50 in stock