Skip to product information
1 of 10

Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 (EV)

Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 (EV)

Regular price RM11.50 MYR
Regular price Sale price RM11.50 MYR
Sale Sold out
Buku teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Ilham penulisan buku ini dicetuskan daripada teras kurikulum yang baharu iaitu menguasai pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan bagi membolehkan murid bekerja dengan baik dan memajukan diri dalam kerjaya. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 yang dihasilkan telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSM, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Justeru, buku ini telah disusun seiring dengan matlamat untuk memberi penekanan kepada pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri dan projek supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran abad ke-21. Buku teks ini mengandungi tujuh modul pembelajaran yang meliputi Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Kos. Setiap modul merangkumi bahan teks berupa maklumat dan fakta dengan penerangan berserta contoh-contoh yang memandu murid menguasai standard pembelajaran. Disertakan juga nota sisipan, lembaran aktiviti dan latihan komprehensif yang dapat menjana minda murid-murid. Persembahan bahan grafik yang pelbagai seperti peta pemikiran, gambar foto dan jadual untuk merangsang kemahiran visual murid-murid. Penggunaan kombinasi warna yang pelbagai juga dapat menarik minat murid terarah bahan buku teks.

48 in stock

View full details