Siri Penyiasat Cilik : Misteri Tak Tik Tok (RPH)
Siri Penyiasat Cilik : Misteri Tak Tik Tok (RPH)
MISTERI TAK TIK TOK Indra, Kuppan dan Cha mahu menghabiskan aktiviti cuti sekolah dengan menimba pengalaman di sebuah rumah penjagaan orang tua iaitu Tératak Cahaya. Mereka bersetuju menerima ajakan Anees untuk membantu rakan bapanya, Pak Azim iaitu pemilik Teratak Cahaya itu. Sangkaan mereka, kerja menjaga orang-orang tua ini amat mudah, namun lain pula yang berlaku. Kebanyakan orang tua di situ mempunyai pelbagai ragam dan perangai yang pelik-pelik. Mereka juga telah mendengar pelbagai cerita misteri tentang Teratak Cahaya. Mereka berhasrat untuk menyiasat misteri-misteri tersebut namun penyiasatan mereka sentiasa menuju jalan buntu. Selain itu terdapat pelbagai halangan dan insiden-insiden yang menyeramkan dan kadang-kadang lucu. Watak-watak orang tua yang ada di situ juga menimbulkan banyak tanda tanya. Apakah memang rumah itu berhantu atau mempunyai sejarah lampau yang menakutkan? Atau memang ada makhluk-makhluk lain yang turut tinggal di situ? Apakah sebenarnya misteri yang berlaku di Teratak Cahaya? Ikuti perialanan cerita ini yang semakin mendebarkan pembaca. Selamat membaca!.
56 in stock