Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (RIM)
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (RIM)
Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran Edisi Rumi Baharu
merupakan naskhah tafsir al-Quran yang telah diangkat sebagai ‘TAFSIR KEBANGSAAN’. Ini bermakna, kitab ini menjadi rujukan utama pelbagai pihak
dalam mendalami maksud yang tersurat dan tersirat pada ayat-ayat suci
al-Quran melalui pentafsirannya yang teliti dan tepat.
Olahan bahasa yang digunakan dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran Edisi Rumi Baharu ini juga lebih mudah dan menggunakan bahasa Melayu standard selaras dengan perkembangan bahasa Melayu pada masa kini, namun kualiti dan keaslian tafsiran oleh Almarhum Sheikh Abdullah Basmeih tetap terpelihara. Teks Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran Edisi Rumi Baharu ini dibina dengan berpandukan Kamus Dewan Bahasa (DBP) dan juga gaya bahasa JAKIM.
Manakala, teks ayat-ayat al-Qurannya pula menggunakan teks al-Quran Mushaf Madinah versi baharu (Rasm Uthmani). Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran Edisi Rumi Baharu ini juga diberikan nafas baharu dari segi reka bentuk dan reka letak halamannya. Reka letak halaman muka surat dalam kitab ini menggabungkan unsur-unsur huruf jawi dan tradisional Melayu sebagai ‘frame’ atau bingkai. Motif ini dihasilkan dengan penuh teliti dan kreativiti bukan sahaja untuk tujuan menjadikan halaman muka surat menarik, tetapi juga sebagai usaha mengangkat darjat tulisan jawi dan unsur-unsur tradisional Melayu yang kaya.
47 in stock