Untuk Hari Ini By Zaharoh Fajar Nina (RPH)
Untuk Hari Ini By Zaharoh Fajar Nina (RPH)
Manusia hidup dalam tiga garis masa. Semalam, hari ini, dan esok.
Kelmarin, kita menyangka muda adalah masa untuk bergembira, berfoya-foya. Mahu cuba segalanya.
Hari ini, kita sangkakan kita masih tetap muda, masih ada masa, masih leka dan alpa, tanpa kita sedar esok yang bakal menjelang itu belum tentu untuk kita.
Esok, masihkah untuk kita? Akankah ada esok untuk kembali kepada Allah? Dosa kita tidak sedikit, menanti esok untuk taubat bukan pilihan yang tepat. Sanggupkah kita menempuh hari esok dengan beban dosa?
Oleh sebab itu, sibukkan diri dengan hari ini. Perbaiki hari ini yang di depan mata. Buatlah sebaik yang kita mampu dengan apa-apa yang ada di tangan. Masa berbaki ini bukan untuk disia-sia, kerana esok belum pasti milik kita.
36 in stock