Warkah Nabawi Buat Guru By Ahamd Faizuddin Ramli (RIM)
Warkah Nabawi Buat Guru By Ahamd Faizuddin Ramli (RIM)
Islam agama yang cinta akan ilmu. Islam secara dasarnya menggalakkan umatnya menjadi pendidik. Namun pendidikan itu perlulah berlandaskan kebenaran yang berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Hal ini kerana matlamat pendidikan adalah untuk membawa manusia kepada agama yang benar dan dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Oleh itu, peranan pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu yang benar, bahkan mengajak umat kepada perkara yang maaruf dan mencegah perbuatan yang mungkar. Banyak khabar gembira berupa ganjaran dan pengiktirafan dalam al-Quran dan Hadis untuk golongan pendidik.
Buku "Warkah Nabawi Buat Guru" ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada para pendidik untuk terus memandu umat dengan ilmu dan mengeluarkan mereka daripada kejahilan. Buku ini mengandungi hadis-hadis nabawi yang menghadirkan nilai-nilai murni dan memberikan pengajaran yang lebih efektif kepada golongan pendidik khususnya.
49 in stock